Notis Pemberitahuan
Assalamulaikum & Salam Sejahtera
Untuk makluman semua pengedar yang dihormati, ONE XOX telah menyediakan sebuah infografik berkenaan “Garis Panduan Pendaftaran Prabayar” yang perlu digunakan oleh setiap pengedar. Oleh yang demikian, setiap pengedar WAJIB memaparkan infografik ini di setiap premis perniagaan(kedai, lokasi rembo, online dan lain-lain) sebagai rujukan oleh bakal pengguna. Selain itu, perkara ini juga diWAJIBkan kerana ia termasuk dalam senarai semak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(SKMM) ketika membuat pemantauan. Pengedar yang gagal memaparkan infografik ini bakal berdepan tindakan susulan daripada SKMM.
Sebagai tambahan. Pada 19-23 September 2016, SKMM akan menjalankan audit prabayar di negeri Sabah. Sehubungan itu, amat diharapkan semua pengedar OneXOX di Sabah dapat memaparkan infografik ini di setiap premis perniagaan. Harap maklum. Sekian terima kasih. #otwao#onexox#mcmc
**Infografik format PDF boleh dimuatturun di Onesys – Marketing Tools.
