ONEXOX Store By Auyad Dinamik Resources

SYARAT TERBARU KELAYAKAN PENERIMAAN INSENTIF PATUH SHARIAH

Bersempena dengan tarikh 9 september 2016, pihak syarikat ONEXOX telah menerima sijil kepatuhan Shariah yang telah diiktiraf oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman (UZAR) selaku Pengerusi Jawatankuasa Shari’ah ONEXOX. Sehubungan pengiktirafan ini, SILA AMBIL MAKLUM bahawa syarikat telah mengenakan syarat terbaru bagi menggantikan pemansuhan topup peribadi RM30 untuk melayakkan penerimaan insentif kepada semua pengedar.

Pengedar-pengedar yang dihargai, keputusan mengenakan syarat baharu ini telah dibuat atas nasihat UZAR untuk memastikan cara pembayaran insentif tidak mencurigakan dan bersesuaian dengan tuntutan shariah iaitu mengenakan hibah (pemberian hadiah/insentif) bersyarat di mana pengedar-pengedar dikehendaki meneruskan kerja-kerja bagi menerima hibah.

Syarat adalah seperti berikut:

Semua pengedar yang didaftarkan sebelum atau pada 31 Ogos 2016:

Dalam tempoh 6 (enam) bulan pertama (pusingan sasaran pertama) bermula 1 September 2016 sehingga 28 Februari 2017:

  1. Pengedar-pengedar mestilah mencapai sasaran minima 100 (seratus) pengaktifan SIM berserta top-up minima RM5 setiap satu; ATAU
  2. Pengedar-pengedar mestilah mencapai sasaran jualan e-recharge (top-up) minima RM500 kepada pengguna-pengguna atau ke atas nombor DREG pengedar itu sendiri;

untuk terus menerima pembayaran insentif bagi tempoh 6 (enam) bulan keduanya bermula 1 Mac 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Dalam tempoh 6 (enam) bulan kedua (pusingan sasaran kedua) itu jugalah pengedar-pengedar mesti mencapai sasaran yang sama bagi melayakkan penerimaan insentif untuk tempoh 6 (enam) bulan yang seterusnya.

Semua pengedar yang didaftarkan pada atau selepas 1 September 2016:

Bermula daripada baki hari dalam bulan semasa pendaftaran pengedar serta tempoh 6 (enam) bulan seterusnya (iaitu pusingan sasaran pertama), syaratnya adalah seperti pada butiran 1.i ATAU ii di atas untuk terus menerima pembayaran insentif bagi tempoh 6 (enam) bulan keduanya. Dalam tempoh 6 (enam) bulan kedua (pusingan sasaran kedua) itu jugalah pengedar-pengedar mesti mencapai sasaran yang sama bagi melayakkan penerimaan insentif untuk tempoh 6 (enam) bulan yang seterusnya.

Dalam erti kata lain, setiap pengedar wajib mencapai sasaran minima yang sama bagi setiap pusingan 6 bulan untuk menerima insentif secara terus menerus.

Close Menu
×
×

Cart