ONEXOX Store By Auyad Dinamik Resources

Panduan MNP ke ONE XOX​

Pelanggan Postpaid

  1. Pastikan anda ialah pemilik akaun.
  2. Langganan dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
  3. Anda mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP.  Bayar bil terkini lebihkan sedikit bayaran RM3 ke atas bergantung pada penggunaan sebab proses MNP ambil masa 1 – 5 hari waktu bekerja.
  4. Bebas kontrak – Anda tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa seperti pakej 1 + 3, pakej 1 +5 dan sebagainya.

Pelanggan Prepaid

  1. Pastikan anda ialah pemilik nombor tersebut.
  2. Sila pastikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
  3. Langganan dalam keadaan aktif. (belum terminated)
  4. Pastikan langganan sedia ada mempunyai baki kredit minimum RM2 untuk caj pertukaran Telco ke Onexox.

Untuk memudahkan MNP, semua maklumat berikut adalah perlu diberikan oleh setiap user :

Maklumat ini hendaklah SAMA SEPERTI MAKLUMAT DI TELCO ASAL ANDA!!!!

  1. Nama penuh.
  2. Nombor kad pengenalan.
  3. Alamat lengkap.
  4. Nombor telefon yang ingin dikekalkan.
  5. Telco asal.

Proses MNP

Selepas pengedar menghantar permohonan untuk MNP ke ONEXOX :

  1. Anda akan menerima SMS dari telco asal untuk port-out (keluar)
  2. Balas SMS tersebut berdasarkan arahan mengikut telco anda. (RUJUK GAMBAR DIBAWAH)
  3. Tunggu sehingga talian tiada signal “No Services” / “Emergency Call Only” (Talian sudah dipotong)
  4. Masukkan SIMKAD MNP ONEXOX anda
  5. Berjaya.
  6. Anda boleh menambahnilai dan melanggan pakej data/minit (dibuat dalam masa 10 hari selepas pengaktifan talian) (RUJUK GAMBAR SUPER SEASON PASS DI ATAS)

Soalan Lazim (FAQ)

Sudah tentu BOLEH. Proses ini kita panggil MNP (Mobile Number Portability)

Ya boleh. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum bertukar ke Onexox.

  1. Langganan tersebut dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan apa-apa kontrak oleh penyedia rangkaian semasa.
  2. Tanpa sebarang tunggakan bil. Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP.
  3. Tidak terikat dengan apa-apa kontrak. Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa. Pelanggan mestilah terlebih dahulu membatalkan kontrak dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP.
  4. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan ( supplementary line), setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar terlebih dahulu.

Ianya bergantung kepada kelulusan Telco yang anda gunakan sekarang. Onexox hanya submit permohonan kepada Telco asal dan anda hanya perlu kelulusan dari Telco asal. SOP untuk proses MNP adalah 1 – 5 hari bekerja.

Close Menu