ONEXOX Store By Auyad Dinamik Resources

PANDUAN PENDAFTARAN PENGGUNA( Updated: 29/8/18)

Assalamulaikum & Salam Sejahtera.
 
ONEXOX telah menyediakan sebuah infografik berkenaan “Garis Panduan Pendaftaran Pengguna” yang perlu digunakan oleh setiap pengedar. Oleh yang demikian, setiap pengedar WAJIB memaparkan infografik ini di setiap premis perniagaan(XPP, XForce, centre dan lain-lain) sebagai rujukan oleh bakal pengguna. Selain itu, perkara ini juga diWAJIBkan kerana ia termasuk dalam senarai semak pihak berkuasa ketika membuat pemantauan. Pengedar yang gagal memaparkan infografik ini bakal berdepan tindakan susulan daripada pihak yang berkuasa.
 
Infografik terbaharu ini terbahagi kepada 2 bahagian yang mempunyai 2 bahasa(Bahasa Melayu & English) iaitu ;
1. PENDAFTARAN PENGGUNA AKHIR(WARGANEGARA)
2. PENDAFTARAN PENGGUNA AKHIR(WARGA ASING & PELANCONG)
3. END-USER REGISTRATION(MALAYSIAN)
4. END-USER REGISTRATION(FOREIGNER & TOURIST)
 
Ingin dijelaskan di sini bahawa pendaftaran pengguna hanya boleh dibuat secara berdepan dengan pengguna. Pengguna wajib membawa dan menyerahkan MyKAD/Pasport asal sendiri(tidak boleh wakil) kepada pengedar untuk tujuan pengesahan. Bagi situasi pengguna jarak jauh, pengguna boleh membuat pembelian simkad melalui Affiliate Program –
XOX Online Store.
 
Sehubungan itu, amat diharapkan semua pengedar ONEXOX dapat memaparkan infografik ini di setiap premis perniagaan. Harap maklum. Sekian terima kasih. #otwao#onexox#mcmc

Nasuha Razak

ONEXOX Authorized Dealer 01114899914 / 01159599958 nak pakai ONEXOX? pm je ye. jangan malu2

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart