ONEXOX Store By Auyad Dinamik Resources

Jom Kenali Apa Itu Season Pass

  • Plan yang diperkenalkan oleh XOX Mobile sebagai penyedia perkhidmatan ONEXOX bermula pada 1 Ogos 2016.
  • Merupakan satu plan yang memberi LEBIH PENJIMATAN kepada pengguna.
  • Boleh diklasifikasikan sebagai BANK SIMPANAN STOK Data dan Minit Panggilan.
  • Satu-satunya plan yang tidak ada pada mana-mana telco lain.
  • Season Pass merupakan penerima anugerah BrandLaureate President’s Award 2016 Innovation for Mobile Network Operator

Beza Season Pass Data Dengan Data Biasa

Data Biasa

VS

Data Season Pass

Tempoh Sah Mengikut Setiap Langganan

Contoh 1 hari, 7 hari, dan 30 hari

Mengikut Tempoh Sah Pelan Prabayar

Contoh : Prabayar Aktif Sehingga: Tahun 2020 Data Simpan Sehingga: Tahun 2020

Tiada Simpanan Data
Bank Simpanan Data

Penyimpanan data tanpa had di dalam akaun Season Pass. Untuk meggunakan data tersebut, aktifkan melalui pengaktifan biasa

Tidak Boleh Di Kongsi
Data Boleh Di Kongsi

FAQ Season Pass

Semua pelanggan XOX Mobile ((#prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX XinXun plan dan ONEXOX plan*) boleh menikmati keistimewaan Season Pass.

Terdapat empat (4) cara untuk melanggan Season Pass:
1- Anda boleh membeli langganan melalui SMS dan akan dicaj menggunakan kredit masa berbual semasa.
(Pelanggan XOX Prepaid: hantar ke 23388; pelanggan ONEXOX: hantar ke 22111 / 23388)
2- Dengan melayari http://onlinestore.xox.com.my/ dan boleh membuat pembelian melalui kad kredit atau perbankan
internet.
3- Anda boleh melanggan melalui Menu USSD (*139*4#) dimana anda akan dicaj melalui kredit masa panggilan semasa.
(Belum disediakan untuk pelanggan ONEXOX)
4- Anda juga boleh melanggan melalui aplikasi MyXOX.
NOTA:
Untuk pelanggan ONEXOX, pembelian pakej Season Pass akan ditolak menggunakan kredit masa berbual di akaun MA terdahulu dan diikuti akaun DA.

  • Belian dilakukan secara pukal atau belian borong yang mana belian dengan kaedah tersebut lebih murah berbanding langganan pelan biasa. Sebagai contoh: Harga data pelan biasa RM15 untuk 1GB kuota internet. Manakala salah satu pakej belian data di dalam Pelan SEASON PASS RM100 untuk 20GB kuota internet.
  • Jika dibuat kiraan RM100/20GB bersamaan dengan RM5 sahaja untuk 1GB. Ianya 3 kali ganda PENJIMATAN berbanding pakej biasa. Itulah yang dimaksudkan dengan PENJIMATAN BERGANDA yang kami tawarkan.
  • ONEXOX merupakan telco pertama yang memberi secara PERCUMA validity atau tempoh sah kredit yang panjang dengan permulaan 28 bulan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Oleh itu, validity bagi SEASON PASS juga adalah sama dengan validity kredit anda. Jika tarikh sah kredit anda sehingga tahun 2020, maka validity data & minit panggilan di dalam SEASON PASS juga sehingga tahun 2020.
  • Ini bermakna data di dalam SEASON PASS yang belum diaktifkan bersifat TAHAN LAMA serta tidak akan berkurangan selagi data tidak diaktifkan.
  • Ya. Data & Minit Panggilan yang ada di dalam SEASON PASS boleh dikongsi dengan seramai mungkin kenalan anda. Manakala kenalan anda yang menerima perkongsian daripada anda pula boleh berkongsi dengan kenalan mereka yang lain.
  • Tiada Had perkongsian untuk Minit Panggilan, manakala Data pula terhad kepada maksimum 10GB untuk sekali penghantaran.
  • Setiap SMS untuk perkongsian sama ada Data atau Minit Panggilan akan dikenakan caj 50 sen kepada penghantar untuk sekali SMS penghantaran.
  • Perkongsian yang dihantar akan terus masuk ke akaun SEASON PASS kenalan anda.
  • Untuk lebih penjimatan, anda boleh menghantar perkongsian secara serentak atau sekaligus dengan 1 SMS penghantaran bagi Data dan Minit Panggilan.

Ya. Kami juga menawarkan pakej Minit Panggilan sahaja. Minit Panggilan adalah panggilan ke SEMUA RANGKAIAN. Pakej yang kami tawarkan adalah serendah 9 sen/minit. Pakej yang ditawarkan khas untuk anda iaitu pakej Minit Panggilan, Pakej Data & Pakej gabungan Data dan Minit Panggilan.

  • Tidak. Data di dalam SEASON PASS perlu diaktifkan terlebih dahulu.
  • Untuk mengaktifkan Data di dalam SEASON PASS, anda hanya perlu membuat langganan pelan internet yang terdapat di dalam Easy Menu *150#. Sebagai contoh; anda ingin melanggan internet 500MB, jadi anda perlu memilih langganan pelan internet 500MB/30 hari yang terdapat dalam Easy Menu *150#.
  • Setelah berjaya dilanggan, barulah data tersebut aktif dan internet boleh digunakan.
  • Baki Data yang ada di dalam SEASON PASS masih lagi disimpan dan bersifat tidak aktif. Bagi Minit Panggilan pula, ianya terus aktif dan boleh digunakan.
  • Ini bermaksud setelah SEASON PASS dilanggan, jika langganan tersebut terdapat Minit Panggilan, ianya akan digunapakai terlebih dahulu manakala kredit sama ada dalam akaun DA atau MA tidak ditolak selagi Minit Panggilan masih berbaki di dalam akaun SEASON PASS.
  • Secara mudahnya, hanya Data sahaja yang bersifat tidak aktif selagi anda tidak membuat langganan pelan internet, manakala Minit Panggilan akan terus aktif selepas pembelian pakej SEASON PASS dibuat.

Ya. Semua item yang ada di dalam SEASON PASS boleh dikongsi. Tiada had perkongsian untuk Minit Panggilan manakala Data pula terhad kepada maksimum 10GB untuk sekali penghantaran.

  • Tidak. Validity SEASON PASS adalah mengikut tarikh luput kredit anda manakala validity data yang telah diaktifkan atau dilanggan adalah mengikut tempoh masa langganan data tersebut.
  • Contohnya; anda membuat langganan internet 1GB/30 hari. Maka tempoh sah langganan data itu adalah 30 hari. Data akan ditamatkan setelah mencapai 30 hari penggunaan. Anda akan menerima SMS peringtatan setelah 80% penggunaan dan anda juga akan menerima SMS 100% penggunaan.

Anda tidak boleh menggunakan Season Pass sekiranya akaun anda disekat (sama ada minit masa berbual, SMS mahupun data.

NOTA: Sekiranya pelan data anda berterusan, anda masih lagi boleh menggunakan kuota data berkenaan walaupun akaun pra bayar anda telah disekat.

Pakej Season Pass

Pakej-Pakej Season Pass boleh dibeli melalui :

  1. Easy Menu *150#
  2. SMS
  3. Laman Web XOX Online Store
  4. Aplikasi MyXOX

Cara Kongsi Season Pass

Tahukah Anda?

Season Pass boleh dikongsi antara pengguna ONEXOX. Ianya sungguh cepat & mudah!! ikuti cara dibawah untuk berkongsi!!

anda berkongsi 1GB data kepada 0165398617

Kongsi Data

SHARE 0165398617 D1 1234

anda berkongsi 100 Minit kepada 0165398617

Kongsi Minit

SHARE 0165398617 V100 1234

anda berkongsi 100 SMS kepada 0165398617

Kongsi SMS

SHARE 0165398617 S100 1234

anda berkongsi 4GB data & 100 Minit kepada 0165398617

Kongsi Data & Minit

SHARE 0165398617 D4 V100 1234

Close Menu