ONEXOX Store By Auyad Dinamik Resources

Ulasan Dr. Zaharuddin Abd Rahman Selaku Pengerusi Panel Shariah ONEXOX

Saya mengucapkan tahniah kepada syarikat ONEXOX Sdn Bhd di atas kepekaan mereka dan pengedar mereka yang inginkan status patuh Syariah terhadap produk dan sistem mereka. Maka pada tanggal 9 Sept 2016, saya mewakili Jawatankuasa Shariah ONexox Sdn Bhd TELAH menyerahkan sijil Pengesahan Kepatuhan Syariah kepada pengurusan Onexox setelah mengambil masa sekitar 4 bulan, menyemak beberapa perkara asas produk onexox dan meminda mana-mana yang diperlukan. Jawatankuasa turut dianggotai oleh Dr. Mohd Nizam Abd Kadir.

Saya berpendapat produk mereka adalah sangat baik dan adil kepada masyarakat dan pengguna berbanding produk-produk sepertinya di pasaran. Antaranya :-

1. Tiada tolakan secara tersembunyi dari kredit pengguna untuk gunaan data internet yang lebihi kuota yang dibeli. BERBANDING sebahagian kad lain yang tanpa notis, akan tetap memberikan line internet walau kuota yang dibeli sudah habis, tetapi akan ditolak dari kredit pengguna. Onexox akan terus hentikan sejurus kuota tamat, itu lebih telus dan adil dari tolakan kredit tanpa sedar.

2. Tempoh sah kredit 2 Tahun 4 Bulan dengan topup RM10. BUKAN SEPERTI sebahagian besar kad prepaid lain iaitu cthnya RM 10 untuk 10 hari sahaja, jika tidak akan terhapus kredit. Ini seolah paksaan topup terhadap pengguna yang punyai ciri menindas secara tersembunyi. Alhamdulilah saya dapati kad onexox tidak punya ciri sedemikian. Khususnya untuk package Season Pass mereka.

3. Onexox berikan 10 nombor istimewa dengan panggilan murah (2 sen sms & 6 sen call), tidak kira walaupun nombor family itu dari telco selain onexox. Ini BERBEZA dengan sebahagian kad lain yang hanya berikan istimewa kepada kad syarikat mereka sahaja.

4. Kiraan voice call gunakan block per 30 saat untuk kiraan caj, ia berpatutan BERBANDING sebahagian syarikat lain yang mengenakan blok per satu minit, malah ada yang per 12 minit per blok, itu jelas boleh menzalimi pengguna khususnya dari iklan yang tidak jelas syaratnya.

5. Menyekat iklan-iklan yang memerangkap dari memasuki phone pengguna, BERBANDING sebahagian kad lain yang akan dapat promosi iklan tertentu yang kurang jelas sehingga dilanggan, rupanaya hanya sebulan percuma, selepas itu jika tidak ditutup oleh pengguna, akan terus dikenakan caj tanpa disedari.

6. Jika data ditopup sebelum tamat tempoh, tempoh baru akan menyambung dari tempoh tamat asal, BERBANDING sebahagian kad lain yang terus sambung dari tempoh topup, ini akan merugikan pengguna kerana jangka hayatnya terpadam secara tidak sedar, itu juga kezaliman dalam industri topup yang saya lihat TIADA dalam kad onexox.

7. Mengikut semakan saya, package harga yang ditawarkan dalam Season Pass Onexox untuk Voice Call atau Data atau kedua-duanya sekali adalah sangat berpatutan BERBANDING sebahagian besar harga pasaran.

8. Sistem pengguna boleh mendapat komisyen hasil memperkenalkan pengguna lain juga adalah suatu kelebihan.

9. Onexox tidak menyekat kelajuan Internet. Dengan 4G Onexox capaian boleh mencecah sehingga 4G+ bergantung kepada kekuatan rangkaian Celcom pada sesebuah kawasan. BERBEZA DENGAN simkad lain. Ada sekatan kelajuan. Sekatan ini menyebabkan masa muat turun atau capaian menjadi lambat. (NAMUN POINT INI TIDAK DAPAT SAYA SAHKAN SENDIRI SECARA 100% KERANA TIDAK PERNAH MENCUBANYA SENDIRI)

Selain dari kelebihan yang saya semak sendiri di atas IAITU NOMBOR 1-8, sistem ONESYS yang digunakan juga adalah efisyen berdasrkan penelitian dan semakan kami. Ia juga jelas dan fakta dan data untuk semua Pengedar.

Kontrak pengedar, sistem komisyen juga telah diperbetulkan dan syarat-syarat yang menghampiri money game telah dimansukhkan demi memastikan komisyen benar-benar di atas usaha pendaftaran user baru dan topup yang dijual, bukannya topup minima sendiri.

Atas sebab itu juga, saya berpendapat, produk onexox dan sistem komisyen yang ditawarkan adalah BAIK untuk rakyat Malaysia manfaatkan sebagai cara mendapatkan pendapatan tambahan, tidak dengan goyang kaki tetapi dengan usaha yang sederhana.

Namun, walau pengesahan ini telah dibuat, tatacara kempen dan promosi oleh pengedar MESTI dijaga adabnya agar tidak terkeluar dari tatacara promosi yang halal. Promosi sambil provokasi dan sewenangnya mengharamkan kad lain tanpa analisa lengkap perlu dijauhi.

Sekian,

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Close Menu
×
×

Cart