ONEXOX Store By Auyad Dinamik Resources

Kitaran Status Akaun ONE XOX

A

Didaftarkan:
Aktif:

Kitaran akaun prabayar bermula disini.
Status bertukar menjadi AKTIF apabila telah memasukkan SIM kad ke dalam telefon dan panggilan pertama berjaya dibuat. 

*Top up hanya boleh dibuat selepas berjaya membuat panggilan pertama.

B

Digantung :

Status bertukar menjadi DIGANTUNG selepas tamat tempoh aktif. Didalam tempoh ini, panggilan keluar dan penghantaran SMS tidak dibenarkan kecuali membuat panggilan ke nombor-nombor kecemasan dan hanya boleh menerima panggilan serta SMS sahaja.

C

Disekat :

Status bertukar menjadi DISEKAT selepas 30 hari digantung. Didalam tempoh ini, panggilan keluar/masuk, penghantaran/penerimaan SMS tidak dibenarkan kecuali membuat panggilan ke nombor-nombor kecemasan sahaja.

D

Ditamatkan :

Akaun prabayar DITAMATKAN selepas 30 hari disekat dan nombor telefon serta baki kredit dilupuskan.

E

Didaftarkan : Tiada Status :

Kitaran akaun prabayar bermula disini.
Apabila tidak memasukkan SIM kad ke dalam telefon atau tidak membuat sebarang panggilan setelah akaun didaftarkan.

F

Ditamatkan :

Akaun prabayar DITAMATKAN setelah gagal memasukkan SIM kad ke dalam telefon atau gagal membuat sebarang panggilan berjawab selepas 30 hari akaun didaftarkan. Nombor telefon dilupuskan

Jadual 1 (jika tidak membuat sebarang top up didalam tempoh AKTIF 30 hari)
Jadual 2 (jika tidak memasukkan SIM kad ke dalam telefon atau tidak membuat sebarang panggilan selepas pendaftaran akaun)
Close Menu
×
×

Cart